Followers

Tuesday, 31 January 2012

T01 Penggunaan Enjin Pencarian Bahan Bahasa Melayu

MENGGUNAKAN WEB, VIDEO, AUDIO, DAN IMEJ

- Semua pembekal internet memberikan maklumat yang hampir sama.
- Maklumat yang dibekalkan berbentuk teks, audio, video, dan grafik.

Pelayar Web:
1. Safari
2. Internet Explorer
3. Google Chrome
4. Mozilla Firefox
Logo pelayar web Mozilla Firefox

Enjin Pencarian:
1. Yahoo
2. Google
3. Ask
4. Msn
Enjin pencarian Google

Langkah mendapatkan maklumat:
- Mengenalpasti tajuk.
- Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang dicari
- Memilih enjin pencarian yang tepat
- Menyemak kesusulan maklumat yang dijumpai
- Mengulangi proses jika perlu

Langkah menggunakan peluncur sesawang:
- Login ke internet
- Untuk memulakan Microsoft Internet Explorer, dwiklik pada ikon tersebut
- Tetingkap perisian akan dipaparkan
- Pilih enjin pencarian yang sesuai digunakan
- Taip perkataan yang ingin dicari
- Tekan ikon cari yang berbentuk kanta atau perkataan CARI
- Maklumat yang dicari akan dipaparkan
- Pilih maklumat yang dicari


AUDIO
- Audio adalah laman mendengar lagu ataupun memuat turun lagu
- Format lagu biasanya didapati dari internet ialah WMP dan MP3
- Contoh laman audio ialah Live-Radio.net, Music download, Mp3s Hits.com

Langkah:
1. Pergi ke kotak enjin pencarian.
2. Taip bahan audio yang ingin dicari.
3. Tekan ikon cari yang berbentuk kanta atau CARI.
4. Bahan audio/lagu yang dicari akan dipaparkan.
5. Tekan ikon dengar untuk mendengar lagu tersebut.
6. Pergi ke kotak muat turun (download)
7. Klik pada ikon tersebut.
8. Lagu tersebut akan dimuat turun ke dalam komputer anda.


VIDEO
- Tempat di mana letaknya klip bergambar, filem, video klip lagu
- Tapak sesawang yang membekalkan video percuma ialah youtube, Liketelevision.com

Langkah:
1. Pergi ke kotak enjin pencarian.
2. Taip bahan vedio yang ingin dicari.
3. Tekan ikon cari yang berbentuk kanta atau CARI.
4. Bahan yang dicari akan dipaparkan.
5. Tekan ikon mainkan untuk melihat video tersebut.
6. Pergi ke kotak kongsi (shared)
7. Ambil semua kod yang diberi.
8. Pergi ke kotak muat turun (download)
9. Salin kod tersebut ke dalam ruangan yang disediakan.
10. Klik pada kotak muat turun (download)
11. Lagu tersebut akan dimuat turun ke dalam komputer anda.


GRAFIK
- Terdapat grafik kecil dan grafik biasa
- Format grafik biasanya GIF
- Contoh laman grafik ialah free-graphics.com, 1 clipart.com, classroom clipart, free image, fotosearch..com, imageAfter.com

Langkah:
1. Letakkan ikon penunding ke atas grafik pilihan.
2. Kemudian klik butang kanan tetikus untuk aktifkan menu pintas.
3. Apabila menu dipamerkan, pilih opsyen Save Picture As
4. Kekotak dialog Save As dipamerkan, taipkan nama dan lokasi sasaran fail grafik.
5. Klik bebutang Save untuk simpan fail grafik.


MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Langkah 01
-Taipkan perkara yang hendak diperoleh ke dalam kotak pencarian.


Langkah 02
-Pilihan yang banyak akan diberikan dan akan menyebabkan kesukaran dalam memilih bahan.
-Gunakan tanda "   ". Contoh, "kucing".

Langkah 03
-Setelah menaipkan perkara yang hendak diperoleh, sila klik bahagian carian.

Langkah 04
-Sesuaikan bahan dengan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
-Pastikan bahan mengikut sukatan pelajaran Bahasa Melayu supaya tidak terpesong.


MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK FAIL INTERNET DAN KATALOG INTERNET

Fail internet dan katalog internet merujuk kepada penyenaraian alamat-alamat internet yang telah dilayari ke dalam bentuk 'WORD'. Pengkelasan boleh dilakukan mengikut  jenis, huruf, nombor dan lain-lain lagi. Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet dapat memudahkan pelayar internet merujuk semula laman web yang telah dilayari dengan cepat.

Alamat Internet:

Lagu ABC
http://www.youtube.com/watch?v=yl1AZoQtpjQ

Katalog Internet:

Tajuk     : Pantun Melayu
URL      : http://www.slideshare.net/guest76146e/pantun-budi
Sinopsis : Penulis menyenaraikan beberapa pantun budi yang boleh digunakan semasa
                 proses P&P dalam bentuk slaid.