Followers

Monday, 20 February 2012

T03 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

MEMUAT TURUN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

                  Pada 18 April 1999, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melancarkan Etika Penggunaan Internet. Etika Penggunaan Internet ini telah menjadi rujukan pelbagai pihak sebagai garis panduan kepada mereka sepanjang menggunakan kemudahan internet untuk kebaikan. Garis panduan ini boleh dimuat turun melalui internet dengan menggunakan pelbagai cara. Terdapat 14 salah laku yang terkandung di dalam etika penggunaan internet yang telah dinyatakan oleh MBM. Salah laku yang dimaksudkan ialah:

1. Menyalurkan sebarang bahan haram (illegal), lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau rakyat negara luar.

2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

3. Menganjurkan perbuatan yang boleh membahayakan individu, organanisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

4. Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ("unsolicited advertisement" atau dikenali sebagai "spam", atau sebarang bentuk  amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). Iklan hanya boleh dihantar kepada mereka secara jelas memohon maklumat sedemikian.

5. Menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid, dan surat berantai.

6. Melakukan pengeboman mel (mailbombing) iaitu secar sengaja membanjiri e-mel seseorang dengan menghantar banyak e-mel yang sama atau bersaiz besar.

7. Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak "newsgroups". Perbuatan ini juga dikenali sebgai "newsgroup spams".

8. Memalsukan kepada e-mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.

9. Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan-bahan yang dilindungi hakciptanya, atau bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.

10. Mencerobohi peralatan (hacking) yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain. Bagi tujuan etika ini, perbuatan berikut dianggap sebagai satu pencerobohan : (a) Percubaan memasuki secara haram atau bagi menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer  milik orang lain. (b) Percubaan secara tidak sah bagi mengelakkan sebarang  bentuk pengesahan identiti (authorization), perlindungan, keselamatan atau kebenaran ke atas mana-mana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. (c) Menaghalang pengesahan identiti pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.

11. Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan melakukan usaha bagi meningkatkan bebanan perkhidmatan (to overload a service) dan percubaan untuk merosakkan komputer utama (to crash the host).

12. Memberikan maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan online, termasuklah menyalahgunakan nombor kad kredit.

13. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri (intercept) data yang bukan ditujukan kepadanya.

14. Membatalkan posting yang dibuat oleh orang lain kepada mana-mana newsgroup, kecuali pengendali (monerator) yang menjalankan tugasnya.

KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT:
http://www.malaysia.net/lists/sangkancil/1999-04/frm00824.html



MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWERPOINT

BROSUR
Brosur merupakan salah satu media promosi dan berfungsi untuk memberitahu atau memujuk masyarakat untuk untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur biasa digunakan di dalam dunia perniagaan di mana  dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

Langkah 01
Buka Microsoft Publisher 2007

Langkah 02
Klik pada ikon 'Brochures'

Langkah 03
Pilih rekaan yang sesuai

Langkah 04 
Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Kemudian masukkan logo atau gambar yang diperlukan.

Langkah 05
Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:
- tajuk
- nama penaja / penulis dan lain-lain
- teras etika
- objektif
- etika komputer
- prinsip etika

Langkah 06
Cetak dan lipat brosur anda mengikut garisan lipatan
  



POWERPOINT
Powerpoint atau lebih dikenali sebagai slain biasanya digunakan dalam pembentangan. Slaid merupakan salah satu medium penyampaian maklumat yang menggunakan teknologi selaras dengan kemajuan dunia pada masa ini. Perkara yang penting dalam menggunakan slaid adalah cara penyusunan maklumat di dalamnya dan bagaimana maklumat-maklumat tersebut disampaikan. Berikut saya berikan beberapa langkah asas dalam membuat slaid.

Langkah 01
Buka Microsoft Powerpoint 2007.


Langkah 02
Tulis tajuk yang ingin disampaikan.

Langkah 03
Teruskan dengan mengisi maklumat. Adalah lebih baik jika disertakan dengan bahan audio, video attau grafik supaya slaid nampak lebih menarik. Gunakan pelbagai kaedah agar pelajar tidak bosan melihat slaid yang kita bina.

Langkah 04
Pilih rekaan untuk latar belakang slaid. Susuan atur kembali slaid agar nampak lebih kemas dan menarik.

Langkah 05
Simpan slide.


SEKIAN...............

Tuesday, 7 February 2012

T02 Menggunakan Internet, Enjin Pencarian Bahan dalam P&P Bahasa Melayu

MENGUMPUL DAN MENGKATEGORIKAN BAHAN AUDIO, VIDEO, GRAFIK DAN TEKS

Bahan Audio
- Digunakan sebagai bahan ransangan untuk memulakan P&P.
- Contohnya bunyi-bunyi haiwan dan nyanyian kanak-kanak.
- Penggunaan bahan audio akan menjadikan sesuatu P&P itu menarik dan berkesan.

Bahan Grafik
- Suatu kaedah menarik dengan menggunakan perisian yang mudah.
- Penggunaan bahan grafik dapat melancarkan rancangan pembelajaran, menyediakan suatu pembelajaran yang kondusif dan memberi impak yang berkesan kepada pencapaian dan tumpuan murid.
Pencarian grafik yang berkaitan dengan Tun Mahathir Mohamad

Bahan Teks
- Bahan P&P yang menggabungjalinkan kemahiran bahasa.
- Pemilihan teks perlu mengikut aras dan kemampuan kognitif murid.

Bahan Video
- Bahan paling berkesan untuk menarik minat dan tumpuan murid.
- Fungsinya ialah sebagai set induksi yang dapat menggantikan buku teks dan lembaran-lembaran kerja.
- Perlu disusun mengikut sukatan pelajaran dan tahap penguasaan murid.
Video berkaitan dengan lagu rakyat Malaysia iaitu 'Bangau Oh Bangau'




MENGUMPUL BAHAN DARIPADA  INTERNET KE DALAM FOLDER BERDASARKAN KEMAHIRAN BAHASA

Membina Folder

1. Bina satu folder utama dengan melebelkannya dengan tajuk yang berkaitan Bahasa Melayu.

2. Dalam folder tersebut bina lagi beberapa folder bagi setiap tema yang terdapat dalam kurikulum Bahasa Melayu. Perkara ini akan memudahkan pencarian kerana setiap kali sesi P&P berlangsung tema yang digunakan adlah berbeza-beza.

3. Memandangkan bahan daripada internet yang ingin kita muat turun perlu dibahagikan mengikut kemahiran bahasa, bina lagi 5 folder dalam setiap folder tema. Kemahiran bahasa yang terlibat adalah seperti Kemahiran Lisan, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Tatabahasa dan Aspek Seni Bahasa.

4. Bagi setiap folder kemahiran bahasa, bina lagi 4 folder mengikut kategori bahan yang akan kita gunakan untuk sesi P&P. Kategori bahan internet yang biasa kita muat turun adalah seperti bahan audio, grafik, teks dan video.


Pembahagian Bahan

1. Tentukan tema yang akan disampaikan semasa sesi P&P. Contoh: Keluarga

2. Tentukan bahan yang sesuai dan berkaitan dengan tema yang akan disampaikan nanti. Contoh: Grafik

3. Masuk ke dalam laman sesawang yang berkaitan dengan kehendak dan muat turun grafik yang dikehendaki. Contoh: Google >> Image >> Keluarga bahagia

4. Setelah selesai grafik yang dipilih dimuat turun, simpan grafik tersebut ke dalam folder berkaitan. Contoh: Bahasa Melayu >> Keluarga >> Kemahiran Lisan >> Grafik
Gambar keluarga bahagia
SEKIAN......

Tuesday, 31 January 2012

T01 Penggunaan Enjin Pencarian Bahan Bahasa Melayu

MENGGUNAKAN WEB, VIDEO, AUDIO, DAN IMEJ

- Semua pembekal internet memberikan maklumat yang hampir sama.
- Maklumat yang dibekalkan berbentuk teks, audio, video, dan grafik.

Pelayar Web:
1. Safari
2. Internet Explorer
3. Google Chrome
4. Mozilla Firefox
Logo pelayar web Mozilla Firefox

Enjin Pencarian:
1. Yahoo
2. Google
3. Ask
4. Msn
Enjin pencarian Google

Langkah mendapatkan maklumat:
- Mengenalpasti tajuk.
- Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang dicari
- Memilih enjin pencarian yang tepat
- Menyemak kesusulan maklumat yang dijumpai
- Mengulangi proses jika perlu

Langkah menggunakan peluncur sesawang:
- Login ke internet
- Untuk memulakan Microsoft Internet Explorer, dwiklik pada ikon tersebut
- Tetingkap perisian akan dipaparkan
- Pilih enjin pencarian yang sesuai digunakan
- Taip perkataan yang ingin dicari
- Tekan ikon cari yang berbentuk kanta atau perkataan CARI
- Maklumat yang dicari akan dipaparkan
- Pilih maklumat yang dicari


AUDIO
- Audio adalah laman mendengar lagu ataupun memuat turun lagu
- Format lagu biasanya didapati dari internet ialah WMP dan MP3
- Contoh laman audio ialah Live-Radio.net, Music download, Mp3s Hits.com

Langkah:
1. Pergi ke kotak enjin pencarian.
2. Taip bahan audio yang ingin dicari.
3. Tekan ikon cari yang berbentuk kanta atau CARI.
4. Bahan audio/lagu yang dicari akan dipaparkan.
5. Tekan ikon dengar untuk mendengar lagu tersebut.
6. Pergi ke kotak muat turun (download)
7. Klik pada ikon tersebut.
8. Lagu tersebut akan dimuat turun ke dalam komputer anda.


VIDEO
- Tempat di mana letaknya klip bergambar, filem, video klip lagu
- Tapak sesawang yang membekalkan video percuma ialah youtube, Liketelevision.com

Langkah:
1. Pergi ke kotak enjin pencarian.
2. Taip bahan vedio yang ingin dicari.
3. Tekan ikon cari yang berbentuk kanta atau CARI.
4. Bahan yang dicari akan dipaparkan.
5. Tekan ikon mainkan untuk melihat video tersebut.
6. Pergi ke kotak kongsi (shared)
7. Ambil semua kod yang diberi.
8. Pergi ke kotak muat turun (download)
9. Salin kod tersebut ke dalam ruangan yang disediakan.
10. Klik pada kotak muat turun (download)
11. Lagu tersebut akan dimuat turun ke dalam komputer anda.


GRAFIK
- Terdapat grafik kecil dan grafik biasa
- Format grafik biasanya GIF
- Contoh laman grafik ialah free-graphics.com, 1 clipart.com, classroom clipart, free image, fotosearch..com, imageAfter.com

Langkah:
1. Letakkan ikon penunding ke atas grafik pilihan.
2. Kemudian klik butang kanan tetikus untuk aktifkan menu pintas.
3. Apabila menu dipamerkan, pilih opsyen Save Picture As
4. Kekotak dialog Save As dipamerkan, taipkan nama dan lokasi sasaran fail grafik.
5. Klik bebutang Save untuk simpan fail grafik.


MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Langkah 01
-Taipkan perkara yang hendak diperoleh ke dalam kotak pencarian.


Langkah 02
-Pilihan yang banyak akan diberikan dan akan menyebabkan kesukaran dalam memilih bahan.
-Gunakan tanda "   ". Contoh, "kucing".

Langkah 03
-Setelah menaipkan perkara yang hendak diperoleh, sila klik bahagian carian.

Langkah 04
-Sesuaikan bahan dengan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
-Pastikan bahan mengikut sukatan pelajaran Bahasa Melayu supaya tidak terpesong.


MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK FAIL INTERNET DAN KATALOG INTERNET

Fail internet dan katalog internet merujuk kepada penyenaraian alamat-alamat internet yang telah dilayari ke dalam bentuk 'WORD'. Pengkelasan boleh dilakukan mengikut  jenis, huruf, nombor dan lain-lain lagi. Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet dapat memudahkan pelayar internet merujuk semula laman web yang telah dilayari dengan cepat.

Alamat Internet:

Lagu ABC
http://www.youtube.com/watch?v=yl1AZoQtpjQ

Katalog Internet:

Tajuk     : Pantun Melayu
URL      : http://www.slideshare.net/guest76146e/pantun-budi
Sinopsis : Penulis menyenaraikan beberapa pantun budi yang boleh digunakan semasa
                 proses P&P dalam bentuk slaid.