Followers

Tuesday, 7 February 2012

T02 Menggunakan Internet, Enjin Pencarian Bahan dalam P&P Bahasa Melayu

MENGUMPUL DAN MENGKATEGORIKAN BAHAN AUDIO, VIDEO, GRAFIK DAN TEKS

Bahan Audio
- Digunakan sebagai bahan ransangan untuk memulakan P&P.
- Contohnya bunyi-bunyi haiwan dan nyanyian kanak-kanak.
- Penggunaan bahan audio akan menjadikan sesuatu P&P itu menarik dan berkesan.

Bahan Grafik
- Suatu kaedah menarik dengan menggunakan perisian yang mudah.
- Penggunaan bahan grafik dapat melancarkan rancangan pembelajaran, menyediakan suatu pembelajaran yang kondusif dan memberi impak yang berkesan kepada pencapaian dan tumpuan murid.
Pencarian grafik yang berkaitan dengan Tun Mahathir Mohamad

Bahan Teks
- Bahan P&P yang menggabungjalinkan kemahiran bahasa.
- Pemilihan teks perlu mengikut aras dan kemampuan kognitif murid.

Bahan Video
- Bahan paling berkesan untuk menarik minat dan tumpuan murid.
- Fungsinya ialah sebagai set induksi yang dapat menggantikan buku teks dan lembaran-lembaran kerja.
- Perlu disusun mengikut sukatan pelajaran dan tahap penguasaan murid.
Video berkaitan dengan lagu rakyat Malaysia iaitu 'Bangau Oh Bangau'




MENGUMPUL BAHAN DARIPADA  INTERNET KE DALAM FOLDER BERDASARKAN KEMAHIRAN BAHASA

Membina Folder

1. Bina satu folder utama dengan melebelkannya dengan tajuk yang berkaitan Bahasa Melayu.

2. Dalam folder tersebut bina lagi beberapa folder bagi setiap tema yang terdapat dalam kurikulum Bahasa Melayu. Perkara ini akan memudahkan pencarian kerana setiap kali sesi P&P berlangsung tema yang digunakan adlah berbeza-beza.

3. Memandangkan bahan daripada internet yang ingin kita muat turun perlu dibahagikan mengikut kemahiran bahasa, bina lagi 5 folder dalam setiap folder tema. Kemahiran bahasa yang terlibat adalah seperti Kemahiran Lisan, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Tatabahasa dan Aspek Seni Bahasa.

4. Bagi setiap folder kemahiran bahasa, bina lagi 4 folder mengikut kategori bahan yang akan kita gunakan untuk sesi P&P. Kategori bahan internet yang biasa kita muat turun adalah seperti bahan audio, grafik, teks dan video.


Pembahagian Bahan

1. Tentukan tema yang akan disampaikan semasa sesi P&P. Contoh: Keluarga

2. Tentukan bahan yang sesuai dan berkaitan dengan tema yang akan disampaikan nanti. Contoh: Grafik

3. Masuk ke dalam laman sesawang yang berkaitan dengan kehendak dan muat turun grafik yang dikehendaki. Contoh: Google >> Image >> Keluarga bahagia

4. Setelah selesai grafik yang dipilih dimuat turun, simpan grafik tersebut ke dalam folder berkaitan. Contoh: Bahasa Melayu >> Keluarga >> Kemahiran Lisan >> Grafik
Gambar keluarga bahagia
SEKIAN......

No comments:

Post a Comment