MEMUAT TURUN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Pada 18 April 1999, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melancarkan Etika Penggunaan Internet. Etika Penggunaan Internet ini telah menjadi rujukan pelbagai pihak sebagai garis panduan kepada mereka sepanjang menggunakan kemudahan internet untuk kebaikan. Garis panduan ini boleh dimuat turun melalui internet dengan menggunakan pelbagai cara. Terdapat 14 salah laku yang terkandung di dalam etika penggunaan internet yang telah dinyatakan oleh MBM. Salah laku yang dimaksudkan ialah:
1. Menyalurkan sebarang bahan haram (illegal), lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau rakyat negara luar.
2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
3. Menganjurkan perbuatan yang boleh membahayakan individu, organanisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
4. Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ("unsolicited advertisement" atau dikenali sebagai "spam", atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). Iklan hanya boleh dihantar kepada mereka secara jelas memohon maklumat sedemikian.
5. Menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid, dan surat berantai.
6. Melakukan pengeboman mel (mailbombing) iaitu secar sengaja membanjiri e-mel seseorang dengan menghantar banyak e-mel yang sama atau bersaiz besar.
7. Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak "newsgroups". Perbuatan ini juga dikenali sebgai "newsgroup spams".
8. Memalsukan kepada e-mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.
9. Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan-bahan yang dilindungi hakciptanya, atau bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
10. Mencerobohi peralatan (hacking) yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain. Bagi tujuan etika ini, perbuatan berikut dianggap sebagai satu pencerobohan : (a) Percubaan memasuki secara haram atau bagi menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. (b) Percubaan secara tidak sah bagi mengelakkan sebarang bentuk pengesahan identiti (authorization), perlindungan, keselamatan atau kebenaran ke atas mana-mana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. (c) Menaghalang pengesahan identiti pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
11. Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan melakukan usaha bagi meningkatkan bebanan perkhidmatan (to overload a service) dan percubaan untuk merosakkan komputer utama (to crash the host).
12. Memberikan maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan online, termasuklah menyalahgunakan nombor kad kredit.
13. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri (intercept) data yang bukan ditujukan kepadanya.
14. Membatalkan posting yang dibuat oleh orang lain kepada mana-mana newsgroup, kecuali pengendali (monerator) yang menjalankan tugasnya.
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT:
http://www.malaysia.net/lists/sangkancil/1999-04/frm00824.html
MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWERPOINT
BROSUR
Brosur merupakan salah satu media promosi dan berfungsi untuk memberitahu atau memujuk masyarakat untuk untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur biasa digunakan di dalam dunia perniagaan di mana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.
Langkah 01
Buka Microsoft Publisher 2007
Langkah 02
Klik pada ikon 'Brochures'
Langkah 03
Pilih rekaan yang sesuai
Langkah 04
Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Kemudian masukkan logo atau gambar yang diperlukan.
Langkah 05
Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:- tajuk
- nama penaja / penulis dan lain-lain
- teras etika
- objektif
- etika komputer
- prinsip etika
Langkah 06
Cetak dan lipat brosur anda mengikut garisan lipatan
POWERPOINT
Powerpoint atau lebih dikenali sebagai slain biasanya digunakan dalam pembentangan. Slaid merupakan salah satu medium penyampaian maklumat yang menggunakan teknologi selaras dengan kemajuan dunia pada masa ini. Perkara yang penting dalam menggunakan slaid adalah cara penyusunan maklumat di dalamnya dan bagaimana maklumat-maklumat tersebut disampaikan. Berikut saya berikan beberapa langkah asas dalam membuat slaid.
Langkah 01
Buka Microsoft Powerpoint 2007.
Langkah 02
Tulis tajuk yang ingin disampaikan.
Langkah 03
Teruskan dengan mengisi maklumat. Adalah lebih baik jika disertakan dengan bahan audio, video attau grafik supaya slaid nampak lebih menarik. Gunakan pelbagai kaedah agar pelajar tidak bosan melihat slaid yang kita bina.
Langkah 04
Pilih rekaan untuk latar belakang slaid. Susuan atur kembali slaid agar nampak lebih kemas dan menarik.
Langkah 05
Simpan slide.
SEKIAN...............
No comments:
Post a Comment