Bengkel Model Pembinaan Pemprosesan Maklumat
Pengenalan
- Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
- Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Prinsip-Prinsip Model Pemprosesan Maklumat
1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
2) Pengaliran maklumat dua hala
3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat
Empat Proses Utama Dalam Model Pemprosesan Maklumat
- Pengenkodan
- Penyimpanan
- Mengigat Kembali
- Lupaan
Fasa
Penyimpanan- Kod Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan
yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan
dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ,
rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan
tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah
disimpan.
Fasa
Mengingat Kembali- Mencari Fasa mengingat kembali merupakan tindakan
mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran
atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali
apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.
Ingatan
Jangka Pendek ('Short Term Memory') Stor memori ini juga dikenali
sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek
ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan
kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk
menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini
dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak
ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. Lupaan dalam
Ingatan Panjang ('Forgetting') Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali
sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi
menerangkan lupaan.
1) Teori Reputan ('Decay Theory') Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa.
2)
Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory') Maklumat itu ada terdapat
tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk
mengeluarkan maklumat itu.
3)
Teori Gangguan ('Interference Theory') Maklumat lain menggangu maklumat
yang hendak diingat Perakam Deria ('Sensory Register') Maklumat
diterima melalui perkam deria visual, perkam deria auditori, perakam
deria hiduan, perkam deria rasa dan perkam deria sentuhan. Sperling
(1960) dalam kajian memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria
ialah 1/4 hingga 1 saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds).
Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera ketika mengambil gambar,
imej kekal sekejap. Kapasiti perkam deria adalah besar dan tidak terhad.
Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka
Panjang (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory)
Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang
boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman
berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak
lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam
Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:
1)
Pengetahuan Deklaratif a) Memori Semantik b) Memori Episodik. 2)
Pengetahuan Prosedural 3) Imageri Pengetahuan Deklaratif ialah semua
maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang
dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku
kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh: Ciri-ciri iklim
monsun tropika -- memori semantik Saya terjatuh semalam -- memori
episodik Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang
menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam
ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita menyimpan
maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy
structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat
kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh.
Respons
kepada pertanyaan "Are canaries yellow?" lebih cepat berbanding dengan
pertanyaan "Do canaries have skin?". Ini ialah kerana maklumat "yellow"
terletak dekat dengan "canaries" manakala maklumat "skin" terletak jauh
bersama dengan ciri-ciri "animals" (lihat rajah TLC dalam webiste
berikut) Baca artikel ini bertajuk "Semantic Memory" yang menerangkan
model TLC. Juga klik kepada 2 rajah yang menjelaskan model dan graf yang
menunjukkan kadar respons subjek. Pengetahuan Prosedural ialah semua
maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesutu. Contoh:
Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar. Imageri ialah perwakilan
abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau
peristiwa. Berapakah bilangan tingkap di rumah kamu? Secara tidak
langsung kamu akan cuba membayangkan diri kamu sedang berjalan dari satu
lokasi ke satu lokasi lain sambil mengira bilangan tingkap. Ini
bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan di rumah
kita yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.
http://www.learningdomain.com/cognitivism2.html
Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Stor
memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory').
Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu
tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara
mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak
lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal').
Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
Ingatan Jangka Panjang ('LongTerm Memory')
Ingatan
Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara
maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli
psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak
dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila
kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.
Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.
No comments:
Post a Comment