Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau
laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini
berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan
secara langsung setelah mengaksesnya.
Pengajaran luar talian pula
didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet
tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini
didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas
terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.
Kelebihan pengajaran secara atas talian
i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan
Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:
i. Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
ii. Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii. Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)
No comments:
Post a Comment